

beberapa hari lepas ada tengok satu cerita Indonesia ni
it's about seorang perempuan ni kena sihir
ada orang yg hantar something kat dia so that dia sakit2
then her parents bawa dia berubat dengan seorang ustaz ni
after dah berubat parents perempuan tu tanys ustaz siapa yg buat sihir tu kat anak diorang
n this is the best part
ustaz tu mengaku waktu dia ubatkan perempuan tu, jin dalam badan perempuan tu ada sebut satu nama yg dikatakan telah menghantar dia untuk menganggu perempuan tu
tapi ustaz tu refuse untuk sebutkan nama orang tu kat parents perempuan tu
kenapa?
sebab jin adalah makhluk yg selalu menipu
jin selalu membuat sesuatu agar manusia porak-peranda, saling berdendam, tidak percaya satu sama lain, bergaduh dan sebagainya
sebab tu la ustaz tu xnak bagitau nama yg jin tu sebut
kerana nama yg disebut itu xsemestinya betul orang itu yg hantar sihir tersebut
kadang2 jin saje sebut nama orang yg dekat dengan kita agar putus silaturrahim sesama kita
pucuk pangkal kat sini
jin memang makhluk yg selalu menipu
jangan la percaya kata2 jin
berubat la cara Islam
yakinlah dengan ayat suci Al-Quran
tingkatkan lagi amalan supaya hati kita, rohani kita xkosong
semoga Allah lindungi kita semua dari perkara2 begini
oh lagi satu, seriously saya tabik cerita Indonesia yg berunsurkan Islamik
sebab kesan dia sentiasa terasa di jiwa
betapa kita kena dekatkan diri pada Allah
but if Malaysia punya cerita macam xde yg betul2 tinggalkan kesan
kebanyakannya mesti hantu kacau then ustaz datang untuk buang hantu jauh2 then kita tau la macam mana hantu tu mati means dia nak bagitau macam mana dia mati untuk tegakkan keadilan
ataupun just baca bismillah then kumat kamit sikit2 ayat Al-Quran then bomoh jahat terkena balik dengan sihir yg dia hantar then habis
kenapa cerita Malaysia xboleh lari dari stereotype yg macam tu?
kenapa xtekan kan sifat agama Islam?
peubatan Islam?
bukan bermaksud merendahkan filem negara sendiri
cuma expectation terhadap filem negara sendiri lebih tinggi
n agak kecewa bila filem negara sendiri tidak seperti diharapkan
p/s : bantulah hambaMu ini untuk sentiasa berada di jalanMu Ya Allah
p/s : ni ada link ke blog yg tika pernah baca tentang jin...just nak share :)
http://tokngah.blogspot.com/2007/12/berdialog-dengan-jin.html