secebis coretan di sebalik keceriaan Syawal
Alhamdulillah Ya Allah
terima kasih kerana telah meminjamkan sedikit keberanian dan kekuatan ke dalam diri kami sekeluarga untuk meneruskan perjalanan
terima kasih Ya Allah kerana telah memudahkan perjalanan ini bagi kami
terima kasih Ya Allah kerana melindungi kami dari kejadian yang mengerikan mahu pun malapetaka
terima kasih Ya Allah, terima kasih
Ayah ada sakit dalam perut, ada ketumbuhan polyps pada usus tapi
walaupun Ayah x sihat dah berbulan-bulan
kejap demam panas, kejap ok, kejap demam balik
Ayah tetap buat keputusan untuk balik beraya di Kedah
kenapa?
sebab Ayah tau akan ada suara2 sumbang yang akan berbunyi sekiranya xbalik raya di sana
Ayah cuba untuk x menimbulkan apa2 perselisihan faham
seteruk mana pun keadaan Ayah, Ayah tetap kuatkan diri supaya orang lain x risaukan Ayah
tapi tahu x yang keadaan Ayah x seperti yang 'kamu kamu' lihat?
kenapa 'kamu kamu' itu x pernah mengambil berat?
kenapa hati, perasaan Ayah langsung x diambil kira?
ke mana perginya pemikiran yang dianggap rasional tu?
sebagai anak Ayah, I have to hold all these feelings
Ayah dah cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang, and as his daughter, I have to follow his way and I can't simply do whatever I want
but until when?
tidak mustahil kalau diri ini mungkin akan meletup suatu hari nanti
x pernah berniat untuk kurang ajar
tapi kalau terlalu banyak tekanan yang diterima, something bad can be happened
'kamu kamu',
tahu x perasaannya sebagai anak yang melihat Ayah sendiri pengsan di depan mata kerana ingin memuskan hati orang lain?
tahu x perasaan anak yang sentiasa melihat Ayahnya ceria, tersenyum dalam apa jua keadaan tiba2 lemah longlai dan tidak sedarkan diri?
honestly, I am not that strong
tika mudah sangat pengsan, pitam kalau nampak orang lain pitam
tapi tadi, Ayah sendiri pitam di sebelah
I don't know how and where the strength came from sampai tika and Umi boleh pangku Ayah tanpa diri tika sendiri pitam
Ya Allah, perasaan yang ada tadi sangat2 x boleh digambarkan
saat melihat lengan Ayah lemah, badan terjatuh, kepala tertunduk, mata terpejam
Ya Allah, air mata x tertahan untuk tumpah
but I have to be strong so that adik2 x ikut menangis or panicked
and I know Umi pun kuat tadi
tolong Ya Allah, hambaMu ini x mahu kejadian seperti tadi berlaku lagi Ya Allah
Alhamdulillah Ayah x sedarkan diri waktu kami berhenti makan
what if waktu tengah bawa kereta?
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini x dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Ayah pengsan waktu driving
Alhamdulillah juga kerana Allah menghantar orang2 yang baik hati kat kedai tu tadi
ada yang offer untuk bawa ke hospital
ada yang buatkan air limau
macam2
Alhamdulillah Ya Allah
kepada pakcik2 tadi, terima kasih sangat2
mungkin waktu kami balik tadi kami x sempat untuk mengucapkan terima kasih dengan lebih formal tapi sesungguhnya kami amat bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan
terima kasih banyak2, semoga Allah membalas niat dan jasa pakcik2
Alhamdulillah juga kerana Allah memberikan kekuatan untuk Umi drive dari Taiping ke Negeri Sembilan malam tadi
Alhamdulillah sangat2 kerana kami selamat sampai di rumah
Alhamdulillah Ayah dah makin stabil walaupun masih pening2 dan x berapa kuat
semoga Ayah akan bertambah sihat nanti
Ya Allah, hambaMu ini tahu bahawa setiap kejadian ada hikmahnya
hambaMu ini juga tahu bahawa setiap ujian yang diberikan tidak akan melampaui kemampuan hambaMu itu
hamba juga tahu bahawa setiap sakit yang diberikan adalah antara cara untuk mengurangkan dosa hamba2Mu ini
Justeru itu hambaMu ini ingin memohon yang terbaik bagi diri Ayah Ya Allah
sembuhkan lah Ayah Ya Allah
sesungguhnya jika ketua keluarga itu sakit, seisi rumah akan turut terkena tempiasnya
kembalikan lah semula nikmat yang telah Engkau pinjamkan dulu Ya Allah
hanya Engkau lah tempat aku memohon
p/s : for the first time I didn't sleep at all sepanjang perjalanan yang mengambil masa 8-9jam walaupun hari dah lewat malam
Ayah dah cuba yang terbaik untuk memuaskan hati semua orang, and as his daughter, I have to follow his way and I can't simply do whatever I want